Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan

Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan

manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sungai Putus Kampung Batu Belah, di sini, pagi ini.
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sungai Putus Kampung Batu Belah pagi ini. – Foto ihsan bomba Selangor

KLANG: Tiga cedera, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Sungai Putus Kampung Batu Belah, di sini, pagi ini.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga, Perodua Kancil, pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan motosikal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 7.13 pagi tadi.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan dari Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam berhampiran Sekolah Rendah Batu Belah di sini.

Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan
Bomba melakukan operasi menyelamat dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit akibat kemalangan pagi tadi. – Foto ihsan Bomba Selangor

“Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga dan penumpang Perodua Kancil tersepit, sebelum mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Penunggang motosikal pula tercampak ke dalam longkang pada kedalaman kira-kira 1.52 meter dan patah kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua lima mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menggunakan dua ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).



“Pemandu Perodua Kancil, Mohd Alita Ali, 47, patah tangan kiri dan penumpang, Hasnah Abdul Kadir, 47 pula patah paha, kaki kiri serta tangan kanan.

Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan
Mangsa kemalangan pagi tadi. – Foto ihsan Bomba Selangor

“Pemandu kereta Proton Saga, Muhammad Diah Mohd Dorani, 48, cedera parah iaitu patah kaki kiri, manakala penunggang motosikal, Alif Fakrizaki, 29, patah kaki kanan.

“Pemandu Nissan Navara, Tan Ka Hong, 20, hanya cedera ringan bahagian kaki kiri,” katanya.

“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



Pemandu, penumpang tersepit dalam kemalangan 4 kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button