Chocolate Vanilla Viennese Cookies

Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Chocolate Vanilla Viennese Cookies

 

Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies yang mempunyai dua perisa di dalam satu biskut iaitu coklat dan vanila. Viennese cookies adalah berasal dari eropah dan mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega. Resepi biskut ni amat mudah, tetapi kesedapan biskut sangat bergantung kepada kualiti butter (mentega) yang digunakan. Doh pula haruslah lembut supaya senang di paipkan ke atas loyang. Selalunya biskut menggunakan gula kasor, tetapi untuk biskut yang dipaip sebegini, gula ising digunakan supaya doh licin, lembut dan menghasilkan biskut yang gebu.Kemahiran piping tidak perlu terlalu tinggi, sebab lepas bakar biskut ni pasti cantik. Sangat sesuai dihidangkan di hari raya buat tetamu istimewa anda 🙂

 

Bahan-bahan:

 

  • 175g (3/4 cawan) unsalted butter
  • 40g (3 sudu besar) gula ising
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 40g (3 sudu besar) tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C.
  2. Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
  3. Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  4. Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
  5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
  6. Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
  7. Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
  8. Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Dam yang sungguh ranggup dan sedap

Chocolate Vanilla Viennese Cookies


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker