Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan secara tahunan adalah platfom yang cukup penting kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, sama ada di peringkat pusat atau akar umbi.

Dalam perhimpunan yang diadakan secara tahunan itu, kepimpinan tertinggi UMNO akan memberikan taklimat mengenai dasar dan halatuju yang telah dan akan dilaksanakan parti.

Manakala di peringkat kepimpinan akar umbi pula, inilah masanya untuk mereka berkongsi pandangan dan mengangkat masalah di bahagian mereka untuk perhatian kepimpinan tertinggi.



Adalah amat penting untuk setiap perwakilan yang hadir memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas setiap agenda yang dibincangkan.

Lebih penting lagi untuk mereka mendengar amanat dan taklimat yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi.

Ke atas bahu merekalah terletak amanah dan tanggungjawab untuk memanjangkan taklimat dan amanah yang diterima kepada setiap ahli di akar umbi.

Ianya sangat penting agar UMNO dapat melangkah sederap dan kukuh bagai serumpun buloh.



Kegagalan membawa amanat yang diterima, akan membuatkan akar umbi ibarat enau di dalam belukar, yang hanya mahu melepaskan pucuk masing=masing.

Langkah UMNO di akar umbi akan menjadi songsang dan bercabang, tidak mengikut haluan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi.

Sikap Perwakilan Mengecewakan

 

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Namun sikap yang ditunjukkan oleh perwakilan UMNO dalam PAU 2022 amat mengecewakan.

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Mereka lebih berminat untuk membeli belah dan bersidai di coffee house dari mendengar perbahasan yang sedang berlangsung.

Yang berada di dalam dewan pula dilihat mengambil sikap acuh tidak acuh ketika taklimat dari pemimpin tertinggi diadakan.

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

Ada yang sibuk dengan handphone, ada yang sibuk untuk berselfie, malah ada yang lena di dalam dewan.

(Sila lihat di minit 18:08 hingga 31:32)

Kepincangan sikap ini didedahkan oleh veteran UMNO, DS Kamal Amir @ Amir Hijaz yang mengikuti persidangan secara dekat di WTC, Kuala Lumpur.

Sikap sambil lewa yang dipamerkan ini adalah jawapan yang paling tepat ke atas punca kekalahan UMNO dalam PRU 15.

Tidak perlu menuding jari ke pihak lain, bersikap jujur dan cerminlah diri kita sendiri.

Untuk survivor parti, berubahlah…

 

Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker