Profesor Psikologi Potong Zakar Suami, Butakan Mata Sebelum Bunuh

Seorang wanita di Argentina ditahan selepas menjadi suspek pembunuhan melibatkan suaminya selepas mayat dijumpai dalam kediaman miliknya.

Suspek profesor psikologi

Suspek, Florencia Amada Cattaneo, 41, merupakan seorang profesor psikologi didakwa membunuh suaminya dengan memotong kemaluan dan menikam matanya menggunakan senjata tajam.

Wanita tersebut ditahan di kediaman ibunya selepas mayat mangsa dijumpai oleh kakaknya di rumah suspek yang terletak di Altos de San Lorenzo di La Plata, Argentina.



Pada 8 Januari, kakak suspek mendakwa bahawa suspek muncul di rumah ibunya dalam keadaan berlumuran darah manakala dua hari kemudian, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan yang telah dikerat.

Pembunuh ada masalah mental?

Ekoran kes itu, pendakwa raya yang mengendalikan isu tersebut memaklumkan bahawa suspek dimasukkan ke dalam wad psikiatri selepas pembunuhan berkenaan.

Hasil dari laporan kesihatan tempatan mendapati bahawa suspek mempunyai sejarah penyakit mental dan dia akan dirawat di hospital psikiatri seumur hidupnya jika didapati bersalah.

Setakat ini, siasatan kes tersebut masih lagi dijalankan.



Sumber: Daily Star

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button