BN bukan tamak kuasa, cuma mahukan kestabilan politik

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan bukan kerana Barisan Nasional (BN) tamak kuasa sebaliknya mahu mengembalikan kestabilan politik di negeri tersebut.

Menurutnya, kestabilan politik merupakan perkara penting yang dapat menambahkan keyakinan rakyat serta pelabur untuk membuat pelaburan di Johor.

“Kita nakkan PRU dan PRN seperti di Johor bukan kerana tamak kuasa, bukan kerana nak menganggu gugat tetapi kita nak kembalikan kestabilan negara serta kestabilan negeri Johor ini.

“Ini kerana kestabilan punca utama, bila ada kestabilan politik keyakinan rakyat ada, pemimpin-pemimpin boleh fokus kepada program mensejahtera dan membangunkan negara.



“Pelabur asing mengkaji kedudukan politik kita, siapa nk melabur di negara yang tak tentu kestabilan dia,” katanya pada sidang media selepas bertemu jentera BN di Machap, Johor.

Majlis itu turut dihadiri calon BN DUN Machap, Datuk Onn Hafiz serta Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah. – My-Tv Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker