Yusril dicanang bakal calon Timbalan Presiden

Yusril dicanang bakal calon Timbalan Presiden

Yusril dicanang bakal calon Timbalan Presiden
YUSRIL IHZA MAHENDRA

JAKARTA: Setiausaha Agung Parti Bulan Sabit (PBB) Afriansyah Ferry Noor mendedahkan pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) berhubung Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Dalam perbincangan itu, dinyatakan bahawa Ketua Umum PBB, Yusril Ihza Mahendra bakal dicadangkan sebagai calon Timbalan Presiden.

“Kami di PBB bersedia jika PDI-P mengambil Yusril sebagai calon Timbalan Presiden,” kata Afriansyah kepada Kompas.com semalam.

Ferry mengakui komunikasi itu dilakukan PBB dengan beberapa pemimpin elit PDI-P termasuk Setiausaha Agung PDI-P, Hasto Kristiyanto.

Ferry berkata, usul mencalonkan Yusril untuk jawatan Timbalan Presiden juga akan dibawa dalam perbincangan seterusnya kerana PDI-P menyambut baik cadangan itu.

“PDI-P mengalu-alukan secara positif dan kita akan berkomunikasi secara intensif mengenainya,” tambah Timbalan Menteri Tenaga Kerja itu.

Sehingga kini PDI-P tidak mendedahkan sebarang langkah strategik untuk menyambut Pilihan Raya Presiden 2024.

Pencalonan Presiden dalam parti itu merupakan bidang kuasa Pengerusi PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan beliau yang akan memuktamadkan nama yang bakal dikemukakan.

Namun, pada majlis sambutan 50 Tahun PDI-P baru-baru ini, Megawati masih belum mendedahkan kepada umum tokoh mana yang akan diangkat oleh parti itu sebagai calon Presiden dan Timbalan Presiden.

Free ferry rides in Penang till June 2023, if you’re Malaysian

Yusril dicanang bakal calon Timbalan Presiden


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker