Bapa Puteri Aishah Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon terkenal Puteri Aishah telah menghembuskan nafas terakhir semalam tadi sekitar jam 8:35 malam.

Salam takziah

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi satu hantaran di IG Story. Pelakon yang berusia 29 tahun ini juga meminta orang ramai mendoakan agar Allahyarham bapanya, Sulaiman Bin Hj Ab Rahman ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Assalamualakum semua. Pada sesiapa yang mengenali ayah saya, Sulaiman Hj Ab Rahman, ayah saya baru sahaja meninggal dunia jam 8:35 malam tadi (Isnin).

Mohon sedekahkan Al-fatihah dan Yassin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA.

Berita sedih tersebut turut dikongsikan oleh pengurusnya dan beberapa rakan artis yang lain. Kami di OhBulan ingin mengucapkan salam takziah buat Puteri Aishah dan keluarga.

Sumber: Instagram Puteri Aishah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button