Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri

Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri

Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri

Pepat di luar tapi rencong di dalam.

Itulah gambaran yang boleh dibuat ke atas mantan perdana menteri, Ismail Sabri Yaacob atas beberapa kenyataan dan tindakan ‘flip flop’ beliau.



Kita pasti belum dapat melupakan, dalam PAU 2020, parti mengambil keputusan untuk menarik sokongan dari Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri.

Ketika di dalam dewan WTC, Ismail Sabri antara pemimpin yang dilihat kononnya bersetuju sepenuhnya dengan keputusan tersebut.

Namun, sebaik sahaja habis bersidang, Ismail Sabri mengetuai sebahagian dari menteri dan ahli parlimen BN mengadap Muhyiddin Yasin.

Mereka menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Muhyiddin Yasin.



Alasan yang diberikan ialah mereka bertanding atas tiket BN dan bukannya UMNO.

Dalam PAU 2021 pula, di hadapan perwakilan, beliau berjanji tidak akan melengahkan walau pun sesaat untuk bubarkan parlimen.

Namun apabila ditanya wartawan di luar dewan, beliau dengan muka selamba, mata terkelip-kelip mengatakan ianya akan dirujuk untuk mendapat persetujuan kabinet dahulu.

Semua maklum, ketika itu kabinet beliau dibarisi oleh majoriti menteri peninggalan Muhyiddin Yasin!!!



Kini sekali lagi dalam PAU 2022, Ismail Sabri tidak pernah berubah dan mungkin tidak akan berubah.

Ketika pengundian supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, beliau sekali lagi berlakun bangun kononnya bersetuju.

Tetapi sebaik sahaja keluar dewan, beliau membuat kenyataan yang berbeza.

Menurut Ismail Sabri, keputusan PAU 2022 itu adalah bercanggah dari perlembagaan UMNO.



Dan ianya hendaklah dirujuk kepada ROS untuk mendapatkan kelulusan, baharulah ianya boleh dianggap sah dan berpelembagaan.

Ismail Sabri Dulu, Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri

Persoalannya, mengapakah beliau tidak membantah ketika pengundian diadakan?

Adakah kerana beliau takut di boo oleh perwakilan yang hadir?

Ismail Sabri mesti ingat, usaha yang beliau lakukan ini bukan setakat mahu menjatuhkan DS Zahid dari kerusi presiden UMNO.



Tetapi ianya juga adalah usaha untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan yang direstui oleh YDP Agong dan Majlis Raja Raja Melayu.

Kita tahu, ada beberapa permintaan dan jaminan dari Ismail Sabri kepada perdana menteri, Anwar Ibrahim semasa kunjungan beliau tempoh hari.

Apakah Ismail Sabri fikir, Anwar Ibrahim akan memenuhi permintaan dan jaminan yang diminta tetapi dalam masa yang sama beliau mahu menjatuhkan Anwar?

 



Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button