Polis Pahang pantau bekas pengikut dan anak Ayah Pin di Pahang

Oleh – Syeikh Baran


Polis Pahang pantau bekas pengikut dan anak Ayah Pin di Pahang
Kampung Batu 13, Hulu Besut yang merupakan lokasi asal penyebaran ajaran Ayah Pin.

Pihak polis melakukan pemantauan terhadap anasir ajaran Ayah Pin termasuk oleh bekas pengikut dan keluarga Ayah Pin yang berada di Rompin dan Pekan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan risikan polis mendapati terdapat satu-satunya pengikut yang aktif di negeri ini, namun subjek telah berpindah ke kampung halamannya di Perak.

“Selain itu, perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin di Rompin akan terus diikuti rapat bagi mengesan sebarang kegiatan dan usaha ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali ajaran ini yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan Kerajaan Langit didakwa kembali aktif dengan wujud gerakan daripada pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan semula kumpulan agama sesat itu.

Perkara itu didedahkan seorang imam masjid di Kampung Gong Pasir, Besut dikenali Tengku Azlan Raja Mamat menerusi satu perkongsian du Facebook miliknya yang menggunakan nama Imam Muda Kulan.

Susulan itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata risikan pihak berkuasa mendapati ajaran sesat tersebut telah mula bertapak di Pekan dan Rompin, Pahang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker