Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?

Pelapis sudah sedia untuk bertanding Ketua Pemuda Umno

Oleh – Bakhtiar Omar


Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?

Tandatanya samada Ismail Sabri pertahankan jawatan Naib Presiden Umno atau tidak sudah mula kedengaran kalangan ahli Umno.

Ismail Sabri yang dikatakan berpotensi untuk pergi jauh ke hadapan dalam karier politik dikatakan sedang mengalami fasa ‘tepu’ selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri.

Sebagai rekod, Ismail Sabri mencipta sejarah politik tersendiri apabila menjadi Naib Presiden Umno pertama dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum 2018, hanya Presiden Umno sahaja akan menjawat jawatan tersebut berdasarkan kuasa jawatan dalam parti.

Dominasi sebagai Presiden parti telah berubah selepas BN kalah PRU14, bilamana Tun Mahathir (juga bukan Presiden parti PPBM) dilantik menjadi PM Ke-7.

Menang jawatan Naib Presiden bagi penggal 2018-2021 dengan kiraan 183 undi, Ismail menduduki jawatan paling kanan selepas Timbalan Presiden Umno.

Memulakan karier politik sebagaiĀ  Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1987, pada tahun yang sama, beliau juga dipilih sebagai AJK Umno Temerloh.

Ismail mula bertanding di Bera pada 2018 selepas menang jawatan Ketua Bahagian Umno Bera pada 2004. Sebelum itu beliau adalah Ketua Pemuda Bera dan Timbalan Ketua Bahagian Bera pada 2001.

HANYA 15 BULAN SEBAGAI PERDANA MENTERI BUKAN REKOD YANG BOLEH DIBANGGAKAN

Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?

 

Memulakan tugas sebagai PM pada 21 Ogos 2021 sehingga 10 Oktober 2022, Ismail Sabri menjadi PM tersingkat dalam sejarah, hanya 15 bulan sebagai PM.

Dikhabarkan, Ismail Sabri menaruh harapan untuk bertanding antara 2 jawatan tertinggi dalam Umno.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian berikutan keputusan Perwakilan Umno dalam PAU 2022 memutuskan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Mungkin kini tempoh bertenang perlu difikirkan Ismail Sabri kerana beliau sebenarnya telah berjaya sampai ke kemuncak karier seorang ahli politik apabila menjadi PM.

Lazimnya, selepas menjadi Perdana Menteri, seseorang ahli politik sudah boleh merangka tempoh percutian kerana tidak ada lagi jawatan politik yang lebih tinggi daripada Perdana Menteri.

RANGKA WAKTU ‘REHAT’ POLITIK DAN PERLAHAN-LAHAN BERUNDUR

Namun, mungkin ada lagi perancangan Ismail Sabri yang masih belum tercapai, maka beliau perlu memikirkan apa keperluan untuk pertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

Apa pula bentuk tawaran yang boleh beliau tawarakan kepada Perwakilan untuk kekal sebagai Naib Presiden nombor 1?

Penyokong setia beliau, Arman Azha awal lagi telah menyampaikan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan semestinya bagi seorang Mentor, khidmat nasihat Ismail Sabri amat diperlukan Arman untuk menghadapi pertarungan sengit kelak.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker