Netizen ragui kes samun wang bantuan awal sekolah RM109,000

KUALA LUMPUR: Kecoh di laman media sosial Facebook mengenai berita wang bantuan awal sekolah bernilai RM109,000 lesap apabila kereta guru besar dipecah, semalam.

Menerusi komen netizen di Facebook rasmi BH mendapati, rata-rata netizen mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kejadian itu.

Pemilik akaun, Noraidah Ismail, berkata sepatutnya apabila membawa wang tunai yang banyak, jangan letakkan di atas tempat duduk penumpang dan sorokkan sedikit daripada pandangan orang.

“Bila bawa ‘cash‘ yang banyak jangan ‘simply‘ letak atas tempat duduk penumpang, soroklah sikit dalam bonet, ‘common sense’ cikgu.



“Patut pergi berdua, sama ada bersama guru pembantu atau pihak berkuasa yang patut sebab bawa duit amanah dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya bila turun beli ABC atau ais kacang, ada orang menunggu dalam kereta,” katanya menerusi ruangan komen di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, lebih baik jangan singgah beli minuman dan tinggal beg sebegitu sahaja sebaliknya boleh lakukan pesanan secara dalam talian seperti GrabFood atau FoodPanda.

Seterusnya, menerusi komen akaun Caplie Fry, berkata kejadian ini menimbulkan terlalu banyak persoalan kerana wang yang di bawa itu amanah namun mangsa seakan tidak bimbang mengenai keselamatan.

“Saya tertanya-tanya, bawa duit ratusan ribu dan bersendirian serta tidak diiring. Lepas tu (kemudian) singah beli minuman dan letak duit di tempat duduk sisi pemandu.



“Kenapa tidak sembunyikan di bawah kerusi atau tempat-tempat tersembunyi? Kenapa mahu singah beli minuman bagai, sedangkan itu amanah. Hairan. Atau….,” katanya.

Begitu juga dengan komen dari pemilik akaun, Eliat Jet Lias yang berpendapat, pihak terbabit mengambil mudah soal prosedur operasi standard (SOP) mengenai isu keselamatan.

“Isu keselamatan diambil mudah, tak ikut SOP. Mintak dia bayar balik duit rakyat.

“Kasihan ibu bapa yang mengharap duit bantuan tersebut, semoga perkara ini tidak berulang serta jadi iktibar buat semua,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik akaun Amar Dafi berkata sepatutnya guru besar pergi bersama pihak pentadbir sekolah, bukan berseorangan.

“Sepatutnya mesti ada pihak pentadbir yang bersama seperti Penolong Kanan 1 atau yang Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (PK HEM).

“Kalau ambil seorang, risiko yang begini sendiri tanggung. Setahu saya, pengetua tersebut memang perlu menggantikan semula wang terbabit, berdasarkan kes sebelum ini,” katanya.

Begitu juga dengan pemilik akaun Asyrafful Shafiq berkata, jumlah wang melebihi RM50,000 sepatutnya ada polis pengiring dan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

“Sepatutnya pergi bank dua orang, sebab jumlah lebih rm50,000 sepatutnya ada polis pengiring dan tidak boleh singgah di mana-mana.

“Namun, mangsa singgah pergi minum, ‘something fishy‘ dan dekat Shopee, ada alat pemecah cermin kereta RM7 sahaja,” katanya menerusi ruangan komen di Facebook, hari ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker