2 bot nelayan Vietnam, 12 kru ditahan ceroboh perairan Malaysia

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan mencuri hasil laut negara membabitkan rampasan bernilai RM1 juta.

Kedua-dua bot itu ditahan dalam rondaan Op Kuda Laut dan Op Naga Barat pada jarak 44.5 batu nautika dari Kuala Terengganu, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali, berkata kedua-dua bot ditahan ketika bertambat di antara satu sama lain.



Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu dikendalikan 12 kru berusia 21 hingga 63 tahun, termasuk tekong warga Vietnam tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tekong kedua-dua bot juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran sah dan disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua bot bersama 12 kru serta hasil tangkapan yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel Maritim Malaysia Terengganu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading