Shakhtar derma sebahagian wang jualan Mudryk

PARIS: Kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk yang melengkapkan penjualan Mykhailo Mudryk ke Chelsea hujung minggu akan memberikan sejumlah wang daripada yuran itu kepada mangsa pencerobohan Russia.

Mudryk menyebabkan Blues perlu membayar sehingga 100 juta euro (RM467.36 juta) dengan bayaran asal 70 juta euro (RM327.15 juta) dan baki 30 juta (RM140.21 juta) adalah tambahan berdasarkan persembahan.

“Saya memperuntukkan $25 juta (RM107.90 juta) hari ini bagi membantu tentera kami, pertahanan dan keluarga mereka,” kata Presiden Shakhtar, Rinat Akhmetov dalam satu kenyataan.

“Wang berkenaan akan digunakan untuk beberapa tujuan – bantuan perubatan dan rawatan prostetik serta sokongan psikologi berdasarkan permintaan tertentu.

Projek dilakukan Akhmetov, ‘Heart of Azovstal’ dinamakan sempena pertempuran di bandar pelabuhan Mariupol dekat tenggara Ukraine yang bertahan beberapa minggu kerana serangan berterusan Russia pada musim bunga 2022 sebelum menyerah.

“Keberanian mereka tiada bandingan dalam sejarah moden,” kata Akhmetov.

Akhmetov berkata dia “gembira dan bangga dengan Mykhaylo” kerana berhijrah ke Chelsea.

“Saya sangat yakin bahawa seluruh Eropah akan melihat betapa bijak dan bagusnya gaya permainan Mykhaylo.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker