Bursa Malaysia kumpul RM3.49 bilion menerusi penyenaraian

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd berjaya mengumpulkan sejumlah RM3.49 bilion menerusi penyenaraian primer dan sekunder sepanjang tahun lalu, peningkatan sebanyak 27 peratus daripada RM2.75 bilion pada 2021.

Dalam kenyataannya, bursa berkata jumlah itu termasuk 35 penyenaraian baharu dan tertinggi sejak 2006 yang membabitkan pengumpulan RM11.15 bilion dan menyumbang permodalan pasaran keseluruhan sebanyak RM1.74 trilion.

Segmen runcit terus menjadi penyumbang utama iaitu 25 peratus daripada nilai purata harian.

“Pasaran runcit itu saling bekerjasama serta melengkapkan pasaran institusi dari segi penjanaan jumlah yang diperlukan oleh pasaran ekuiti Malaysia.

“Ekosistem pasaran ekuiti yang sihat sememangnya amat penting dalam memastikan kewujudan mudah tunai yang kukuh dalam edaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia juga menganugerahkan 77 pengiktirafan kepada barisan pemenang Kempen Pelabur Runcit 2022 pada satu majlis baru-baru ini.

Jumlah anugerah terbanyak dibolot oleh Malacca Securities Sdn Bhd dengan 22 anugerah termasuk empat anugerah broker utama, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mendapat 15 anugerah manakala Hong Leong Investment Bank Bhd, RHB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd masing-masing meraih enam anugerah.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker