KONTROVERSI - LANGKAH BERA?

Oleh – Bakhtiar Omar


Desakan Ismail Sabri langkah untuk pengharaman Umno?

 

 

Naib Presiden Umno, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada 14 Januari lepas meminta mana-mana ahli Umno untuk merujuk kepada ROS berkaitan kelulusan usul dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.

Desakan Ismail Sabri ini jika dinilai dengan membaca keseluruhan Perlembagaan Umno, adakah ia langkah haramkan Umno?

Mengapa Ismail sendiri tidak mahu mengemukakan perkara tersebut kepada ROS dan menggunakan kedudukannya sebagai Naib Presiden sebagai perisai untuk tidak berbuat demikian?

“(Justeru) ada dua pandangan berbeza, jadi kita tidak tahulah (mana yang sepatutnya diikuti). RoS boleh dirujuk untuk mendapatkan pandangan sama ada ia boleh atau tidak,” – Ismail Sabri – 14/1/2023

APA STRATEGI ISMAIL MAHU HERET UMNO KE ROS?

Sebaliknya beliau mahu mana-mana ahli yang tidak berpuashati membuat laporan terhadap Umno kepada ROS.

Sepatutnya beliau mengambil jalan tengah berbincang dengan Presiden dan Timbalan Presiden berkaitan perkara tersebut memandangkan kedudukannya selaku Naib Presiden paling kanan.

Tetapi beliau memilih melakukan sidang media di Laman Media tanpa kehadiran mana-mana Ahli Majlis Tertinggi.

Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan. – Ismail Sabri Yaakob

Terdapat banyak rakaman video serta foto menunjukkan Ismail Sabri sendiri berdiri menyokong usul yang dibawakan Perwakilan Negeri Sembilan berkaitan 2 jawatan tertinggi Umno.

Adakah beliau hanya berlakon di hadapan perwakilan bagi menjaga air muka walau tidak bersetuju dengan usul yang dibawa?

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

ISMAIL SABRI DAKWA TERDAPAT DUA PANDANGAN BERBEZA BERKAITAN USUL

Desakan Ismail Sabri langkah untuk pengharaman Umno?

 

Menurut Ismail lagi, terdapat dua pandangan berbeza mengenai kelulusan usul berkenaan.

Apa yang beliau kemukakan ialah Fasal 9 Majlis Tertinggi.

  • Menurut Fasal 9 – Majlis Tertinggi 9.3 – Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap 3 tahun sekali.

Ahli Parlimen Bera itu menyatakan mengikut Perkara Fasal 10.1 Perlembagaan Umno Usul daripada bahagian atau usul daripada negeri mesti 14 hari, manakala usul daripada Majlis Tertinggi pula tujuh hari.

Bagaimanapun, Ismail tidak membaca keseluruhan petikan.

PETIKAN DARI BUKU PERLEMBAGAAN UMNO (no pendaftaran 676/88 Wilayah Persekutuan)

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

  • Fasal 10.1 Peraturan Persidangan Umno yang menyatakan jika Pengerusi puashati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Ahli Majlis Tertinggi iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segera maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu pada hari PERSIDANGAN itu.

Jika meneliti Perkara 17 Peraturan Persidangan ada klausa yang membenarkan Persidangan ditangguhkan untuk membahaskan perkara mustahak.

  • 17.1 – seseorang ahli dengan kebenaran Pengersui boleh mencadangkan supaya Persidangan itu ditangguhkan kerana hendak menbahaskan sesuatu perkara yang mustahak.
  • 17.2 – ahli hendaklah menyatakan perkara itu dan menyerahkan kenyataan bertulis kepada Pengerusi atas perkara yang hendak dibahaskan dan jika Pengerusi mendapat perkara yang dikemukakan oleh ahli itu mustahak hendaklah Pengerusi meminta mana-mana ahli yang menyokong bangun di tempat masing-masing dan jika tidak kurang dari satu perempat (1/4) daripada ahli yang hadir bangun menyokong maka Pengerusi bolehlah membenarkan perkara itu dibahaskan waktu yang ditetapkan olehnya.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker