Macam mana boleh ada pistol?

Macam mana boleh ada pistol?

Macam mana boleh ada pistol?
Wan Zahari (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dari pasangan kekasih di Kuantan, Jumaat lalu pada sidang media, hari ini. – NSTP/KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita, dipercayai kekasihnya berusia 23 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di bandar ini, disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah.

Susulan penahanan mereka dalam serbuan pada Jumaat lalu itu, polis menyerbu sebuah bilik sewa di Panching, di sini, pada hari sama dan menemui ganja seberat hampir dua kilogram, syabu seberat 279.1 gram dan pil yaba seberat 14.35 gram, selain sepucuk pistol model Zoraki M 906-TD dan lima butir peluru.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu, berkata pasangan itu ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, antara jam 12.30 tengah hari hingga 1 petang, disusuli serbuan ke bilik sewa di Panching.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan pistol dianggarkan RM41,635. Dadah yang dirampas itu boleh digunakan 1,525 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati pasangan terbabit dipercayai mula aktif dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di sekitar daerah ini sejak awal tahun lalu dengan bekalan juga dipercayai diperoleh di daerah ini.

Wan Zahari berkata, polis turut menyita sebuah Proton Iriz bernilai RM32,800 berserta wang tunai RM1,000 daripada pasangan berkenaan, menjadikan nilai keseluruhan rampasan kes sebanyak RM75,435.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39 A(1) ADB serta Seksyen 12(2) akta sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

“Suspek lelaki turut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan,” katanya memaklumkan pasangan itu direman tujuh hari bermula 14 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Katanya, polis masih menyiasat dari mana suspek memperoleh pistol berkenaan dan tujuan memilikinya selain tidak menolak kemungkinan masih ada saki baki ahli kumpulan yang lain.

“Selain itu kita juga masih menyiasat adakah suspek menjadikan hotel bajet berkenaan sebagai tempat untuk menjalankan operasi atau hanya untuk berehat,” katanya.

Polis siasat video tular ahli perniagaan bawa pistol

Macam mana boleh ada pistol?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker