Shahril tersisih baki saingan



ROURKELA, INDIA-JANNUARY 16.
FIH Odisha Hockey Men’s World Cup 2023
Team Line Up during the FIH Hockey Men’s World Cup match between Malaysia and Chile at Birsa Munda International Hockey Stadium (Photo by WorldSportPics)

Bhubaneswar, India: Malaysia mendapat khabar kurang menggembirakan menjelang aksi penting dengan New Zealand dalam saingan Kumpulan C Piala Dunia pada Khamis ini.

Shahril Saabah, pemain prolifik dengan 150 kap mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Chile dan bakal tersisih daripada baki saingan kejohanan.

Pengurus pasukan Mirnawan Nawawi berkata, jurulatih Arul Selvaraj mempunyai dua pilihan bagi mencari pengganti Shahril.

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) membenarkan pasukan mendaftar 20 pemain bagi edisi kali ini dan jika berlaku kecederaan, pasukan dibenar menggantikan pemain.



“Untuk pengetahuan penyokong semua, Shahril berdepan kecederaan hamstring kiri ketika menentang Chile (Malaysia menang 3-2) dan dia akan digantikan dengan salah seorang daripada dua pemain simpanan yang kami bawa.

“Arul akan membuat pengumuman kemudian sama ada Shahmie Irfan Suhaimi atau Tengku Nasrul. Shahmie belum memiliki sebarang kap manakala Nasrul ada 12 kap,” kata Mirnawan.

Malaysia menaiki penerbangan sejauh 800km dari Rourkela ke Bhubaneswar untuk menghadapi aksi terakhir peringkat kumpulan menentang New Zealand.

Jika menang, mereka menduduki tangga kedua Kumpulan C dan akan menentang pasukan di tangga ketiga Kumpulan D sama ada Wales atau Sepanyol pada saingan seterusnya.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker