Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

Pakar audit 'terbilang' perlu selongkar isu wang rakyat

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR dikatakan akan membongkar isu berkaitan wang rakyat sebanyak RM600 billion yang dibelanjakan semasa Darurat 2021.

Darurat dilaksanakan oleh Muhyiddin Yassin dengan menggunakan Proklamasi Darurat 2021 bermula 12 januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021.

Ini bagi menangani peningkatan kes covid-19 dari merebak ke seuruh negara. Semua pintu sempadan negeri dan negara ditutup kepada rakyat dan mereka diarahkan bekerja dari rumah. 

Dr Mahathir berkata, hasil sebenar yang jelas daripada pelaksanaan darurat ialah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh dicabar dan kuasanya mengatasi Perlembagaan Negara dan semua undang-undang.- Tun Mahathir – Malaysia Post 25/5/2021

Darurat ini telah memaksa banyak syarikat swasta terpaksa mengurangkan pekerja bagi menyeimbangkan kos sekaligus menyebabkan kes pengangguran meningkat.

“Kononnya sebanyak RM600 billion sudah dibelanja oleh Kerajaan dalam masa hanya lima bulan. Tetapi di mana pergi duit ratusan billion ini.

“Bukan mudah untuk belanja duit sebanyak ini. Beli vaksin ke? Tak akan habis 600 billion beli vaksin. Apa harga vaksin? Siapa yang membeli? Kenapa sedikit sangat yang sudah diterima?,” – Tun Mahathir – Malaysia Post 25 Mei 2021

Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir pernah mempersoalkan kemana wang sebanyak RM600 billion yang dibelanjakan oleh Perikatan Nasional bagi menangani covid-19.

Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

Justeru itu, Rafizi Ramli selaku seorang yang berintergriti dan bermaruah perlu menjadi orang paling hadapan mempersoalkan Muhyiddin Yassin dalam Parlimen sebaik sidang bermula nanti.

Ini bagi menjelaskan kepada umum kemana wang tersebut dibelanjakan dan siapakah yang mendapat manfaat dari perbelanjaan tersebut.

Lebih mengejutkan umum, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan Muhyiddin mempunyai begitu banyak wang semasa kempen PRN Sabah.

Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

Menerusi satu video di Tik Tok, Annuar Musa mendakwa Muhyiddin telah menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu Umno dalam kempen PRN Sabah.

Malah, netizen mempersoalkan dari mana datangnya wang sebegitu banyak seperti dakwaan Annuar Musa.

 Dakwaan Annuar Musa bahawa Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi perdana menteri menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu Umno dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet mengenai sumber dana tersebut.- Netizen persoal Annuar Musa – FMT – 23/11/2022

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker