Wanita maut, kereta dipandu rempuh lori ayam

Wanita maut, kereta dipandu rempuh lori ayam

Wanita maut, kereta dipandu rempuh lori ayam
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori ayam di Jalan Bukit Kepong-Labis, Kampung Kecil Bukit Kepong, di Pagoh, Muar Johor. Foto Ihsan bomba

MUAR: Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan termasuk sebuah lori ayam di Jalan Bukit Kepong-Labis, Kampung Kecil Bukit Kepong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata Tay Huei Koon, 49, dipercayai gagal mengawal kereta jenis Honda Jazz dipandunya sebelum terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori membawa muatan ayam hidup.

“Polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian jam 8.45 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa wanita terbabas memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori lima tan yang dalam perjalanan dari Labis ke Bukit Kepong.

“Pemandu lori itu cuba mengelak ke kiri, namun terlanggar tayar belakang kereta mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, tayar kereta dipandu wanita itu tercabut dan terkena sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakang lori,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, lelaki pemandu lori berusia 53 tahun luka di tangan manakala lelaki berusia 24 tahun yang memandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sebuah jentera dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dihantar ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

Pemandu lori direman empat hari, bantu siasatan nahas ragut nyawa kontraktor

 

Wanita maut, kereta dipandu rempuh lori ayam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker