3 sekeluarga didakwa miliki, edar dadah

3 sekeluarga didakwa miliki, edar dadah

3 sekeluarga didakwa miliki, edar dadah
Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar dadah. – NSTP/MARY VICTORIA DASS

JOHOR BAHRU: Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar dadah pada minggu lalu.

Tertuduh, S Avinash Anantha, 33, bersama isteri, K Elengkeswary, 34, dan adik lelaki itu, S Rajiv Anantha, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret R Salini, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya kanabis dianggarkan seberat 23,810 gram (g) di sebuah rumah di Taman Sri Pulai Perdana, di sini, pada jam 12.30 tengah malam 10 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didakwa memiliki 171g ketamin, bukan sebagai seorang yang diberi kuasa atau disifatkan sebagai seorang yang diberi kuasa, pada jam 12.30 tengah malam 10 Januari lalu di Taman Sri Pulai Perdana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Shakira Muhammad Syafiq Sim, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Datin Freda Josephine Gonzales.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh, dan mahkamah menetapkan 15 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

3 sekeluarga didakwa miliki, edar dadah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker