Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?



Ramai rakyat Malaysia suka bual berkenaan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak tanpa ‘full knowledge” dan membaca laporan penuh berkenaan kandungan perbicaraan.

Malah jika disebut nama nama individu tertentu yang terkait beri keteragan pada pada kes DSNR pun belum tentu orang bual berkenaan kes dapat jelaskan siapa mereka dan apa peranan mereka didalam kes yang dicipta semata mata untuk perkena kan DSNR.

Paling mengelikan hati ada yang dengan bangga menyebut “Hendak cakap apa lagi , sudah 3 mahkamah putuskan salah dan Sembilan orang hakim sudah buat keputusan”.

‘Mustahil ketiga mahkamah tidak tahu dan Sembilan hakim tidak tahu?’ kata mereka.



Sebenar dari sekali pandang kenyataan diatas ada lah betul jika tidak diulas dengan lebih mendalam (detail).

Pada hakikat nya dari sudut lain ia kenyataan yang salah dan random sahaja.

DSNR hanya dijatuhi hukuman oleh satu mahkamah sahaja, ia itu mahkamah pertama yang hakim nya ada lah Mohd Nazlan Ghazali ( yang kemudian di ketahui telah disiasat terima rasuah tetapi tidak di maklumkan kepada mahkamah nya sendiri).

Setelah Hakim Nazlan menjatuhkan hukuman terhadap DSNR melalui mahkamah pertama , mahkamah kedua pula oleh panel Tiga hakim ,juga tidak membicarakan secara ‘fresh” termasuk bukti baru ditemui termasuk hal Bekas Gabenor Zeti dan rasuah Hakim Nazlan.



Mahkamah Tiga hakim hanya setuju dengar apa yang dibicarakan oleh mahkamah pertama dan kemudian kekalkan hukuman.

Apabila dibawa ke mahkamah terakhir yang dipimpin oleh Tengku Maimon, sama juga mereka tolak bukti baru (1-bukti Hakim Nazlan ada kepentingan dalam SRC dan terima sogokan , 2- Hakim Nazlan disiasat SPRM , Zeti Aziz ada terima rasuah).

Maka, apabila hukuman dikekalkan , mereka mereka yang tidak tahu pun menyatalan semua hakim jatuh hukum dan setuju.

Sedangkan dua mahkamah terakhr tidak pun bicara baru sekadar “Copy and paste” hukuman dan prosiding mahkamah pertama sahaja.



Kini, pihak tertentu amat tersepit dengan kes rasuah Nazlan.

Terdapat beberapa elemen yang boleh mendakwa Nazlan.

Pertama beliau ada lah hakim yang ada kepentingan “Conflict of interest” dalam kes sendiri dan sepatut ‘recuse’ diri nya sendiri dari mahkamah yang dia ADILI.

Kedua, secara tidak langsung Hakim telah menipu mahkamah nya sendiri berkenaan status diri dal siasatan rasuah oleh SPRM.



Paling memusykilkan apabila ada pihak tertentu yang cuba ‘menjual’ rakyat dengan dapatan SPRM terhadap siasatan rasuah Hakim Nazlan.

Mereka menyataan ia melanggari “Separation of powers’ jika SPRM menyiasat rasuah hakim.

Pihak ini cuba melindungi hakim rasuah dengan ‘jargon’ teknikal.

Sedangkan rakyat mahu tahu betul atau tidak seorang hakim (yang jatuh hukuman terhadap Najib ada menerima rasuah? ) bukan hal hal teknikal dan remeh  temeh .

Did the act took place ? (benar kah dia terima rasuah? Itu yang rakyat hendak tahu.

Kini, banyak lagi perkara jelek dan jengkel muncul dari kes DSNR.

Satu persatu muncul.

Benar lah jika ada yang kata , bukan DSNR yang sedang dibicarakan tetapi satu sistem yang sudah tercemar dan dipercayai didalangi individu tertentu yang merosakan dan membuat rakyat ragu terhadap sistem keadilan negara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker