Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng

“Awak belum bertemu ruas lagi”

Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng

Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng
Sharnaaz hanya mahu mempertahankan diri dan tiada niat mahu menjadi samseng
SUSULAN pelakon Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu, seorang pengguna Twitter menggelarnya sebagai samseng.
Menerusi ciapan yang dibuat individu berkenaan di Twitter, dia menegur kelakuan Sharnaaz yang sepatutnya menjadi contoh kepada peminat selain memberi amaran pelakon itu belum bertemu lawan yang setanding.

“Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya kepada peminat.

Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng
Komen yang ditulis netizen di Twitter

“Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” tulis individu berkenaan.

Dalam pada itu, Sharnaaz yang menjawab ciapan tersebut berkata, dia tidak kisah jika digelar mafia kerana berjuang untuk diri sendiri adalah caranya mempertahankan diri.

Kata Sharnaaz, dia diajar oleh bapanya agar bangkit dan melawan sekiranya ‘dipijak’ namun berterima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Baik pakcik. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan.

“Saya okay sahaja mana-mana pun. Mafia pun okay, popia pun okay.

Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng
Sharnaaz membalas komen individu yang menuduhnya seorang samseng

“Yang penting bila dipijak, bangun dan pijak balik. Itu ayah saya yang ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya pakcik,” tulis Sharnaaz.

Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menedang penghuni sebuah kondominium dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 2,000 oleh seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut semula untuk serahan dokumen pada 6 Mac depan.

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker