Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun

Bukan lari, tapi tak ‘free’ sampai Mac

Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun
Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun
Nurul Hafidzah (kanan) menjelaskan punca pihaknya menarik diri daripada mewakili Siti Bainun.
KES penderaan kanak-kanak melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terus meraih perhatian apabila 10 peguamnya menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.

Perkara itu membuatkan Siti Bainun yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella menangis di kandang saksi.

Susulan itu netizen mula ‘menyerang’ barisan peguam berkenaan dengan pelbagai andaian berhubung perkembangan terkini itu.

Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun
Penjelasan Hafidzah pada akaun Instagramnya.

 

 

Antara yang paling mendapat sindiran dan kecaman hebat ialah peguam sensasi, Nurul Hafidzah Hassan.

Enggan berdiam diri, Nurul Hafidzah tampil menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung tindakannya meninggalkan anak guam hingga kes berkenaan terpaksa di tangguh lagi.

Kata Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.

Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun

Ujarnya, pertindihan tarikh perbicaraan bagi kes lain menyebabkan mereka terpaksa menarik diri.

Perkara itu juga dimaklumkan pihaknya kepada mahkamah sejak Disember 2022 bahawa dia sememangnya tidak berkelapangan pada Januari hingga Mac.

 

Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun
Pertindihan tarikh merupakan alasan penarikan diri dibuat Hafidzah.

Kenyataan ringkas dibuat oleh Hafidzah itu menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Pada Selasa, mahkamah menetapkan 26 Januari ini bagi sambung bicara dan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung bermula 18 hingga 20 Januari dilapangkan.

Pegawai JKM tak setuju Bella dijaga Siti Bainun

Nurul Hafidzah jawab punca tarik diri jadi peguam Siti Bainun

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker