Tommy Thomas; Lawyer Atau Loyar Buruk?

Tommy Thomas; Lawyer Atau Loyar Buruk?

Tommy Thomas; Lawyer Atau Loyar Buruk?

Dalam satu temu bual antara mantan Peguam Negara, Tommy Thomas bersama wartawan Malaysiakini, Tommy Thomas cuba memutarbelitkan fakta Perlembagaan Persekutuan.

Tommy Thomas antara lain berkata, pengampunan untuk DS Najib buat masa sekarang adalah tidak sah.

Antara hujah yang diberikan oleh Tommy Thomas adalah:

  1. Selain dari DS Najib, terdapat puluhan ribu lagi banduan yang telah memfailkan petisyen pengampunan, jadi DS Najib mesti mengikut giliran.
  2. Untuk melayakkan pengampunan diberi, banduan mestilah tidak mempunyai kes jenayah yang lain.
  3. DS Najib mesti berada di dalam penjara untuk tempuh tertentu (beliau tidak nyatakan), untuk membuktikan beliau sudah berubah.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/635050

Tidak pasti perlembagaan mana yang Tommy Thomas gunakan, tetapi fakta di dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas membuktikan beliau memutarbelitkan fakta.

Tidak ada di dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa untuk melayakkan seseorang banduan mendapatkan pengampunan beliau mesti:

  1. Menunggu giliran pengampunan banduan yang lain.
  2. Banduan tidak mempunyai kes jenayah yang lain.
  3. Banduan mesti menjalani tempuh tertentu hukuman sebelum boleh diberikan pengampunan.

Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

YDP Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara42-ma.html

Tidak timbul isu pengampunan hanya boleh diberikan selepas pemohon memenuhi ketiga-tiga kriteria yang dinyatakan oleh Tommy Thomas.

Kami beranggapan ianya hanyalah sebagai tafsiran peribadi Tommy Thomas dan bukannya tafsiran sebenar Perlembagaan Persekutuan.

Tommy Thomas juga dilihat cuba mewujudkan persepsi bahawa dalam memberikan pengampunan, SPB YDP Agong mesti mengikut nasihat dari Lembaga Pengampunan.

Tommy Thomas Cuba Mempersendakan Kuasa SPB YDP Agong?

Apakah Tommy Thomas cuba memberitahu YDP Agong bahawa baginda hanyalah ‘rubber stamp’ kepada keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan?

Kalau itu niat Tommy Thomas, jelas beliau sudah menghina institusi SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu!!!

Benar, sebelum baginda membuat keputusan, satu Lembaga Pengampunan mesti ditubuhkan untuk menimbangkan permohonan pengampunan.

Tetapi kuasa pengampunan tetap menjadi hak prerogatif SPB YDP Agong dan ianya tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Memang benar di dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut di dalam menjalankan tugas, YDP Agong perlu mendengar nasihat Jemaah Menteri.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara40-Ma.Html

Tetapi Lembaga Pengampunan bukanlah terdiri dari jemaah menteri, malah baginda sendiri yang akan melantik ahli Lembaga Pengampunan.

Kita imbas kembali isu di mana SPB YDP Agong telah menolak permohonan pengisytiharan darurat oleh Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/106958/berita/nasional/yang-di-pertuan-agong-tolak-cadangan-darurat

Dakwaan Tommy Thomas bahawa YDP Agong dalam menjalankan tugas baginda mesti mengikut nasihat jemaah menteri, ternyata beliau sengaja memutarbelitkan fakta.

Walau pun dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, YDP Agong boleh menggunakan budibicara baginda hanya dalam 3 perkara, tetapi baginda tetap mempunyai kuasa eksekutif Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara39-Ma.Html

Kerana itu, dengan menggunakan Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, baginda telah menolak nasihat Perdana Menteri supaya darurat diisytiharkan.

Perkara yang sama boleh baginda lakukan di dalam menimbangkan untuk memberikan pengampunan atau tidak.

Lembaga Penasihat boleh memberikan panduan, tetapi hak prerogatif adalah milik YDP Agong.

Ianya bukan pengampunan Lembaga Pengampunan tetapi ianya adalah pengampunan Agong @ pengampunan Di Raja.

Namun adalah tidak pelik apabila Tommy Thomas cuba memutarbelitkan fakta kerana beliau sebenarnya bercakap atas landasan politik dan bukannya landasan perlembagaan.

 

Tommy Thomas; Lawyer Atau Loyar Buruk?

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker