Bengkel terbakar, empat kenderaan musnah

Bengkel terbakar, empat kenderaan musnah

Bengkel terbakar, empat kenderaan musnah
Mohd Fadhil bengkelnya yang terbakar di Kampung Batin. – Foto NSTP/ZAID SALIM

KUALA NERUS: Bengkel kenderaan di Kampung Batin di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 9.30 malam tadi mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000. Pemiliknya Mohd Fadhil Razali, 32, berkata kebakaran memusnahkan enjin kereta, lori dan bot milik pelanggan termasuk empat kenderaan.

“Dua kenderaan yang musnah milik pelanggan, manakala dua lagi milik saya,” katanya.

Mohd Fadhil berkata, bengkel berkenaan peninggalan arwah bapa, Razali Mohamad, yang mengusaha sejak 40 tahun lalu, sebelum beliau dan abangnya Mohd Adha, 46, mengambil alih selepas kematian bapa tiga tahun lalu.



Sementara, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki dan mengecat kereta musnah sepenuhnya.

“Seramai 11anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi pemadaman dan api dipadamkan sepenuhnya jam 11.36 malam,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.



Bengkel terbakar, empat kenderaan musnah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button