‘Brown-Skinned Kan Seksi?’ – Nabila Huda

Pelik Ramai Wanita Melayu Obses Nak Kulit Putih, Pesan Jangan Mudah Terpengaruh

Pelakon terkenal, Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil menerusi beberapa perkongsian tweet di Twitter miliknya mempersoalkan tentang sikap sesetengah wanita Melayu yang begitu obses untuk mempunyai kulit putih.

‘Menggambarkan wanita melayu itu cantik’

Pelakon filem Munafik itu juga menegaskan kulit asli wanita Melayu sememangnya cukup untuk menggambarkan kecantikan fizikal seseorang itu sendiri.

Kulit gelap itu seksi tahu… Saya sayangkan kulit saya dan bangga mempunyai warna kulit macam ini.

Malah, dia turut mengatakan bahawa ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia merbahaya menerusi rongga kulit.

Bayangkan bila dah tua nanti, adakah kulit akan kembali gelap macam asli atau jadi kelabu sebab putih yang dibuat-buat itu dah tamat tempoh?

Jangan mudah terpengaruh

Disebabkan kebanyakan wanita begitu obses untuk menjadi putih, Abil turut memberi nasihat dengan memohon agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kecantikan yang dipaparkan di media sosial.

Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Tak perlu untuk menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan sayangi diri anda.

Bukan itu saja, dia juga berharap agar wanita-wanita Melayu khususnya untuk menghargai kecantikan diri kerana masing-masing mempunyai tarikan tersendiri selain mengatakan bahawa kulit gelap mudah untuk dijaga.

Sumber: Twitter @abilsuhaimi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker