Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular

Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular

Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular

 

Isu pendidikan sekolah vernakular terus dijadikan polemik politik oleh beberapa pihak yang cuba mendapatkan political mileage.

Alasan mereka adalah sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Benarkah begitu?

Secara peribadi penulis bersetuju dengan alasan tersebut.

Kita tidak boleh nafikan sistem pendidikan sekolah vernakular adalah antara penghalang utama kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Kenapa penulis berkata begitu?

Cuba bayangkan, 3 kaum majoriti di Malaysia sudah dipisahkan seawal umur mereka 7 tahun dan hanya bergaul dengan kaum yang sebangsa mereka.

Dan mereka akan terus terpisah dari mengenali rakan-rakan mereka dari bangsa lain selama sekurang-kurangnya 11 tahun.

Apabila tamat belajar di sekolah vernakular, mereka akan diserapkan ke dalam masyarakat dengan keadaan mereka melihat dan dilihat asing oleh bangsa lain walau pun sama-sama rakyat Malaysia.

Keadaan akan menjadi lebih buruk sekirfanya mereka menyambung pelajaran di IPT swasta yang juga mengamalkan sistem ala vernakular.

Apa yang boleh diharapkan dari generasi baru itu?

Sistem politik kita juga secara umumnya diasaskan berdasar kepada perjuangan kaum.

UMNO, DAP, MCA, MIC, PAS, PPBM, PAN dan pelbagai parti kecil lagi juga sebenarnya menjadi pemangkin kepada perpecahan kaum.

Setiap isu dilihat dan diperjuangkan atas kapasiti kepentingan kaum dan tidak dilihat dan diperjuangkan atas kapasiti kepentingan bangsa Malaysia.

Sebab itulah mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew memansuhkan sistem sekolah vernakular di Singapura.

Mengapa Malaysia Masih Gagal Mencari Jalan Penyelesaian?

 

Pada pandangan penulis ada 2 penghalang utama kepada penyelesaian isu sekolah vernakular di Malaysia.

Pertama kerana ianya dilindungi oleh perlembagaan negara.

Ia dilindungi dalam Perkara 5, Perkara 8, Perkara 10, Perkara 11, dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Kedua kerana tidak ada keikhlasan dari ahli politik untuk menyelesaikan masalah yang sudah berdekad ini.

Seperti yang penulis katakan, selagi ianya dilihat dan dibahaskan atas kapisiti isu kaum dan bukannya isu bangsa Malaysia, tidak akan ada jalan penyelesaian.

Apa Jalan Keluar Kepada Isu Sekolah Vernakular?

 

Kewujudan sekolah vernakular dilindungi oleh 5 fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dari satu sudut pula ianya berkaitan dengan isu sensitiviti perkauman di Malaysia.

Cuba pemimpin Melayu yang kononnya mahu ianya dihapuskan bertanya kepada diri sendiri.

Sekiranya sekolah agama rakyat atau sistem pondok atau mahad tahfiz tiba-tiba cuba dimansuhkan, apa respon mereka?

Bukankah ianya juga menjadi pemangkin kepada masalah perkauman di Malaysia?

Penyelesaian terbaik tanpa mengganggu gugat sistem pendidikan Islam di Malaysia adalah dengan mewajibkan kuota pengambilan pendidik dan pelajar di sekolah vernakular.

Semua sekolah vernakular di Malaysia diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya 30% Melayu, 30% Cina, 30% India dan 10% lain-lain kaum dalam pengambilan tenaga pengajar dan pelajar.

Bagaimana pihak pentadbiran sekolah mahu mematuhi kuota tersebut, terpulang kepada mereka tetapi ianya adalah syarat wajib untuk membolehkannya beroperasi.

Gagal memenuhi syarat wajib selama 3 tahun akan membolehkan kerajaan menyerapkan semua tenaga pengajar dan pelajar sekolah berkenaan ke sokalah aliran kebangsaan.

Untuk sekolah yang berjaya memenuhi kuota wajib, kerajaan perlu berikan bantuan yang sewajarnya.

Benda boleh bincang, kenapa hendak bergaduh!!!

 

Apa Penyelesaian Terbaik Sekolah Vernakular

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker