Jabatan Kesihatan Melaka keluar kompaun RM27,500 dalam Ops TBC

Jabatan Kesihatan Melaka keluar kompaun RM27,500 dalam Ops TBC

Jabatan Kesihatan Melaka keluar kompaun RM27,500 dalam Ops TBC
Pegawai JKNM memeriksa barangan yang dijual di premis dalam Ops TBC 2023. – Foto ihsan JKNM

MELAKA: Kompaun bernilai lebih RM27, 000 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), atas pelbagai kesalahan Akta Makanan 1983 termasuklah barangan yang dijual sudah melepasi tarikh luput.

Kesalahan itu dikesan JKNM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2023 bermula dari 8 hingga 19 Januari (semalam).

Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, berkata sepanjang operasi selama 12 hari itu, sebanyak 30 premis seluruh Melaka diperiksa pihaknya, termasuk pasar raya, pasar mini dan kedai runcit.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis ini, BKKM mendapati terdapat premis yang masih mempamerkan barangan yang sudah melepasi tarikh luput di atas rak dan kesalahan pelabelan serta keadaan bungkusan yang rosak.

“Oleh itu sejumlah 450 jenis barangan makanan bernilai RM2,381 dirampas dan sembilan kompaun berjumlah RM27, 500 dikeluarkan kepada premis yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, selain pemantauan keselamatan makanan, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan kebersihan premis makanan di negeri ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sehingga semalam juga kita sudah memeriksa 83 premis termasuk gerai dan restoran hasilnya, 97 kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai RM26,650.

“Kesalahan yang dikesan adalah makanan diletak atau ditempatkan diatas lantai, tiada mempunyai suntikan dan tidak mempunyai kursus pengendali makanan serta tidak memakai apron. Namun tiada tindakan penutupan premis yang dibuat oleh JKNM,” katanya.

Rusdi berkata, sepanjang tahun lalu, JKNM sudah memeriksa sebanyak 5,081 premis makanan dan daripada jumlah itu 58 diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas didapati kotor.

“Selain itu sejumlah 1,664 notis dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM211,650,” katanya.

Katanya, JKNM menasihatkan agar semua premis makanan termasuk restoran, kedai makan, gerai, kedai runcit dan juga pasar raya hendaklah menjaga kebersihan premis selain memastikan barangan yang dijual tidak tamat tarikh luput.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Jabatan Kesihatan Melaka keluar kompaun RM27,500 dalam Ops TBC

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker