Macam mana Jepun boleh beraksi 12 pemain?

India: Pasukan Jepun didapati menurunkan 12 pemain pada perlawanan Piala Dunia di Bhubaneswar-Rourkela ketika menentang Korea Selatan dan bakal berdepan hukuman dari Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Namun ia bukanlah insiden pertama yang berlaku di kejohanan antarabangsa.

Pada perlawanan itu menyaksikan Jepun menurunkan 12 pemain di atas padang semasa pukulan sudut penalti di minit terakhir perlawanan Kumpulan B menentang Korea Selatan.

Perlawanan berakhir dengan Korea meraih kemenangan 2-1 biarpun Jepun mempunyai kelebihan 12 pemain dan turut menyaksikan mereka gagal menyempurnakan pukulan sudut penalti terakhir.



Namun jika perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 ia jelas memperlihatkan satu perlawanan yang tidak adil kerana Jepun mempunyai seorang pemain tambahan di atas padang.

FIH berkata, mereka kini sedang menyiasat kejadian itu.

Jepun mengeluarkan penjaga gol mereka ketika perlawanan berbaki dua minit terakhir untuk membolehkan lebih ramai pemain beraksi di atas padang namun jumlahnya melebihi 11 pemain.

Pada pertengahan tahun lalu, Pakistan turut didapati menurunkan 12 pemain di atas padang ketika mereka turun berdepan Jepun dalam saingan Piala Asia di Jakarta, malah menjaringkan gol dengan memiliki pemain tambahan di atas padang.



Gol keempat Pakistan itu dijaringkan oleh Junaid Manzoor.

Bagaimanapun gol berkenaan dibatalkan dan Pakistan gagal melayakkan diri ke Piala Dunia Bhubaneswar-Rourkela kali ini.

Difahamkan, dalam insiden menentang Korea Selatan, kapten Jepun akan berdepan hukuman dan mungkin tidak dibenarkan bermain pada perlawanan seterusnya Kumpulan B menentang Belgium.

Dalam era hoki moden, enam atau lebih pemain boleh digantikan sekali gus dan ia boleh menyebabkan kekeliruan terutamanya pada minit akhir perlawanan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker