Lim Guan Eng rupanya “kleptokrat besar”

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Lim Guan Eng Kleptokrat Besar

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng rupanya “kleptokrat besar” dan pandai membawa watak baik selama ini. Belang sebenar Guan Eng didedahkan oleh Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli di Mahkamah.

Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP didakwa dengan 4 pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM 6.3 billion.

Bayangkan, Lim Guan Eng, seorang yang konon berikrar melawan rasuah rupanya meminta rasuah secara tidak langsung dari kontraktor. Adakah ini salah satu cara DAP mengumpul dana politik mereka?



Zarul mendedahkan bagaimana beliau memberi Guan Eng rasuah bernilai RM100,000 dalam satu pertemuan pada 2013 diikuti RM100,000 lagi pada 2014.

Jumlah rasuah tersebut diberikan berdasarkan permintaan Lim Guan Eng iaitu 10% dari keuntungan projek.

Pengarah Consortium Zenith Sdn BHd turut mendedahkan, Lim Guan Eng hanya senyum ketika menerima sampul berisi wang rasuah.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Guan Eng dan DAP sentiasa mempunyai kewangan yang kukuh sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri P.Pinang.



Guan Eng dalam pada itu mempunyai satu pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi melupuskan 2 lot tanah bernilai RM 208.8 juta milik Kerajaan P.Pinang kepada 2 syarikat.

 

Sekarang terbukti bahawa Lim Guan Eng yang mewakili DAP turut mengamalkan rasuah dan kleptokrasi dalam pentadbiran mereka sebagai kerajaan negeri.

Mungkin selepas ini Lim Guan Eng akan lebih manis senyumannya.

Gaji Lim Guan Eng cecah RM5.4 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker