Pancake Dan Sos Coklat

Pancake Dan Sos Coklat
Pancake Dan Sos Coklat

 

Hi Semua..kali ni Che Nom nak share resepi mudah pancake menggunakan homemade buttermilk, dan yg specialnya dah 13 tahun Che Nom guna resepi pancake ni…foolproof. Confirm menjadi. Lembut, dan sangat sedap walau dimakan begitu sahaja. Che Nom share resepi sos coklat sekali, tapi boleh juga kalau anda nak makan pancake ni dengan madu.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk buttermilk:
    • 1 ½ cawan susu full cream (**boleh ganti susu cair)
    • 2 sudu besar jus lemon (**sbb takda jus lemon, Che nom ganti cuka kali ni)
  • Bahan-bahan untuk adunan basah (A):
    • BUTTERMILK (**seperti di atas)
    • ¼ cawan /57g mentega
    • 2 biji telur
  • Bahan-bahan untuk adunan kering (B):
    • 2 cawan /250g tepung gandum
    • 3 sudu besar /45g gula kastor
    • 3 sudu kecil serbuk penaik
    • ¼ sudu kecil garam halus
  • Bahan-bahan untuk sos coklat:
    • 200g coklat masakan gelap
    • ¾ cawan susu full cream
    • 2 sudu besar mentega
    • secubit garam (**jika menggunakan unsalted butter)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk adunan basah (A):
    1. Masukkan susu full cream dan cuka makan @ lemon kemudian kacau dan rehatkan selama 5 minit.
    2. Cairkan mentega dan masukkan kedalam adunan tadi.
    3. Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul dan kacau sekata.
  2. Cara-cara untuk adunan kering (B):
    1. Masukkan tepung gandum, gula kastor, baking powder, dan garam halus (jika menggunakan unsalted butter).
    2. Kacau sedikit adunan tadi.
  3. Cara-cara untuk pancake:
    1. Tuangkan adunan basah (A) ke bahan kering (B) sedikit demi sedikit.
    2. Panaskan frying pan dan tuang sedikit minyak dan ratakan dengan kertas tisu.
    3. Tuangkan adunan dan masak sehingga keperangan kedua-dua belah
  4. Cara-cara untuk sos coklat:
    1. Potong nipis coklat masakan.
    2. Masukkan ke dalam periuk coklat yang telah dipotong nipis, susu full cream, mentega dan garam.
    3. Bukak api dan kacau sekadar suam sahaja adunan sos coklat tadi.
    4. Curahkan sos coklat diatas pancake.

 

Tip:

 

  • Tips nk tahu bila nk tebalikkan Pancake tu, tunggu sampai sebelah atas pancake tu dh start belubang/berbuih tu itu tandanya dh boleh tebalikkan.

Resepi Biskut Mentega Kacang

Pancake Dan Sos Coklat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker