Jurulatih dari AS iringi Azeem ke Kejohanan Asia

Jurulatih dari AS iringi Azeem ke Kejohanan Asia

Jurulatih dari AS iringi Azeem ke Kejohanan Asia
Muhammad Azeem Fahmi akan mendapat sentuhan jurulatihnya apabila beraksi pada Kejohanan Asia di Thailand bulan ini

PETALING JAYA: Muhammad Azeem Fahmi bakal mendapat sentuhan jurulatihnya dari Amerika Syarikat (AS), Ken Harnden pada Kejohanan Olahraga Asia di Thailand dari 12 hingga 16 Julai ini, sekali gus mencerahkan misinya untuk meraih ­pingat.

Majlis Sukan Negara (MSN) akan menerbangkan jurulatih berusia 50 tahun itu yang me­latih Azeem di Universiti Auburn ke Pattaya bagi membantu jaguh pecut remaja tersebut melakar prestasi terbaik dalam penampilan pertamanya.

Azeem, 19, yang merupakan pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) prospek terbaik Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat Kejohanan Asia selepas kali terakhir dimenangi atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin pada edisi 2017 di Bhubaneswar, India.



KEN HARNDEN

“Harnden akan terus ke ­Pattaya pada 9 Julai, manakala Azeem pula akan tiba bersama atlet olahraga negara yang lain pada 10 Julai.

“Ini sememangnya peranca­ngan yang sudah disusun sebelum ini oleh MSN untuk Azeem. Kami berharap dengan keha­diran jurulatihnya dari AS, ia ­dapat membantu Azeem untuk meraih keputusan yang positif pada Kejohanan Asia nanti,” kata Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.

Dalam tempoh tujuh bulan di bawah kendalian Harnden, Azeem telah menunjukkan potensinya apabila memecah rekod 60m dalam dewan kebangsaan pada Terbuka Texas Tech dan Jemputan Tiger Paw di South Carolina.

Dia mencatat kepantasan 6.62s untuk memadam rekod lama 6.63s.



Selain bakal beraksi dalam acara kegemarannya 100m, Azeem juga akan membentuk kuartet 4x100m bersama ­Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa untuk cuba melakar kejutan.

Jurulatih dari AS iringi Azeem ke Kejohanan Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button