Remaja Bangladesh Terperangkap Dalam Kontena Selama 6 Hari

Seorang remaja lelaki warga Bangladesh ditemui lemah selepas terperangkap dalam sebuah kontena semasa bermain bersama kawan di sekitar Pelabuhan Chittagong, Bangladesh, selama enam hari.

Mangsa ditemui dan diselamatkan oleh pihak polis selepas menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan di kaunter Balai Polis Pandamaran sekitar jam 1:53 petang.

Hasil operasi menyelamat itu, remaja lelaki tersebut dijumpai dalam keadaan lemah dan tidak bermaya selepas dipercayai masuk secara haram. Mangsa juga didapati tidak mempunyai sebarang identiti pengenalan diri.

Manakala, siasatan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mendapati kapal jenis Mv. Integra yang membawa muatan barang am bertolak dari Chittagong pada 12 Januari lalu.

Disebabkan kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan akan menjalani siasatan lanjut bersama polis.

Pihak polis juga mengklasifikasikan kes tersebut sebagai rujuk lain agensi (RLA) kerana telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa agar dapat dihantar pulang.

Malah, tiada unsur jenayah yang timbul dalam kejadian tersebut menyebabkan pihak polis meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Video

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker