Sasaran pingat perlu dibuat secara realistik – MOM


Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib

07/12/2020 08:43 PM

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Persatuan sukan kebangsaan perlu realistik dalam menentukan sasaran pingat dalam kejohanan tahun depan termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mengambil kira kekurangan penyertaan dalam kejohanan antarabangsa tahun ini akibat penularan COVID-19.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berpendapat persatuan sukan kebangsaan perlu mengurangkan jumlah sasaran pingat dan fokus kepada kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, Julai tahun depan.



Menurutnya, antara kejohanan kelayakan tersebut ialah Kejohanan Terjun Piala Dunia dan tiga kejohanan badminton yang menawarkan tiket kelayakan ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Beliau berkata demikan dalam program bual bicara secara maya ‘Impian Emas Olimpik Tokyo 2020 Pasca COVID-19, Satu Realiti? melalui laman Facebook penganjur hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersama Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif (CMCI) Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan CSN Sports Talk.

Setakat ini 10 atlet Malaysia telah melayakkan diri ke Tokyo iaitu Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran); Khairul Anuar Mohamad (memanah); Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek); Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik); serta Nur Dhabitah Sabri, Wendy Ng Yan Yee, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun).



MOM harap aktiviti sukan dibenarkan semula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker