Tiga lagi didakwa buat tuntutan palsu

Tiga lagi didakwa buat tuntutan palsu

Tiga lagi didakwa buat tuntutan palsu
Nick Farhan, Marzila dan Siti Nor Sofwah dihadapkan ke mahkamah hari ini. – Foto NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

MELAKA: Tiga lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, menjadikan keseluruhan 16 orang didakwa di negeri ini sejak Isnin lalu, atas pertuduhan mengemuka dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berkaitan tuntutan insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0.

Pada prosiding hari ini, tertuduh Nick Farhan Zakiran Mahad, 30, Marzila Daud, 46, dan Siti Nor Sofwah Ahmad, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing membabitkan tuntutan insentif berjumlah RM136,100 yang dibuat di antara 8 Mac hingga 23 Mac 2021.

Mengikut pertuduhan, Nick Farhan Zakiran selaku pemilik syarikat NFZ Engineering didakwa memberikan Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama NFZ Engineering bertarikh 16 April 2021 melalui seorang lelaki kepada seorang pegawai perkhidmatan pekerjaan pejabat PERKESO, bagi menuntut insentif berjumlah RM45,100 di bawah Program Penjana 2.0 PERKESO.

Marzila dan Siti Nor Sofwah didakwa melakukan kesalahan sama dengan masing-masing mengemuka borang pengesahan itu atas nama syarikat Ainnas Sweet Home Bakery bertarikh 8 Mac 2021 dan Nor Sofwah Tea (23 Mac 2021) bagi mendapatkan insentif berjumlah RM50,000 dan RM41,000.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat memperdaya PERKESO kerana dokumen pengesahan diberikan mengandungi pernyataan palsu berkenaan ‘Maklumat Pekerja Baru’ syarikat masing-masing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat PERKESO, Wisma PERKESO Jalan Persekutuan, MITC, Ayer Keroh, masing-masing pada 16 April, 8 Mac dan 23 Mac 2021 dan pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama, memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong menjalankan pendakwaan sementara Marzila dan Siti Nor Sofwah masing-masing diwakili peguam Hafizah Sani dan Lim Kah Ee. Tertuduh, Nick Farhan Zakiran tidak diwakili peguam.

Pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin masing-masing berserta syarat melaporkan diri di pejabat SPRM Melaka sekali setiap bulan.

Hakim Elesabet kemudian membenarkan Marzila diikat jamin sebanyak RM15,000, manakala Siti Nur Sofwah dan Nick Farhan Zakiran masing-masing RM12,000, selepas menimbangkan rayuan mereka berserta syarat seperti dimohon pendakwaan.

Sbutan semula bagi pengurusan kes ditetapkan pada 16 Februari depan

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Tiga lagi didakwa buat tuntutan palsu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker