Hidup mesti diteruskan

Hidup mesti diteruskan

Hidup mesti diteruskan
AFNAN Jibril (tengah) bersama bapanya (dua dari kanan) dan suaminya Mostafa Shamlakh (kanan) ketika majlis perkahwinan mereka di sebuah sekolah di Rafah. FOTO AFP

Gaza: Sepasang pengantin tetap meneruskan majlis perkahwinan mereka biarpun masih berada dalam situasi perang di Gaza.

Wanita dikenali sebagai Afnan Jibril berkata, dia seronok apabila dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang bertepuk tangan dan bersorak, pada hari perkahwinannya.

Bapanya, Mohamed Jibril berkata, mereka tidak akan mengalah dengan situasi dihadapi kini biarpun berdepan dengan kematian pada bila-bila masa.

“Kami adalah orang yang mencintai kehidupan, walaupun kematian, pembunuhan dan kemusnahan,” katanya.

Hidup mesti diteruskan
AFNAN Jibril (tengah) diiringi oleh bapanya ketika ketika majlis perkahwinannya di sebuah sekolah di Rafah. FOTO AFP

Saudara-mara berkumpul untuk majlis perkahwinan pasangan itu di sebuah bilik kecil di bangunan sekolah di bandar selatan Rafah di Semenanjung Gaza yang terkepung, berhampiran sempadan dengan Mesir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali


Bandar ini mengalami serangan Israel, setiap hari, dan keluarga kedua-dua pengantin antara ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri dari pertempuran di kawasan lebih jauh di utara.

Menurut Jibril, persiapan untuk melangsungkan perkahwinan tidak dapat dilakukan.

“Persediaan biasa untuk perkahwinan tidak mungkin, dan upacara tradisional tidak dapat dilaksanakan. Bagaimanapun, pakaian boleh didapati, walaupun ia jarang dan mahal,” katanya.

Afnan dilihat menyarung gaun putih bersih dengan sulaman merah terang, dan pasangannya Mustafa Shamlakh, 26, ingin memanfaatkan peluang jarang mereka untuk meraikannya.

Mereka menari dan ketawa ketika tetamu menyembur mousse putih di sekeliling bilik.

Tetapi akhirnya mereka terpaksa berdepan dengan realiti.

Hidup mesti diteruskan
PASANGAN itu meninggalkan lokasi majlis perkahwinan mereka di sebuah sekolah di Rafah. FOTO AFP

Semasa perang berlangsung, kedua-dua keluarga merasakan tiada apa yang dapat diperoleh daripada hanya duduk menunggu dan mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan itu.

Selepas sambutan di sekolah itu, pasangan itu menuju ke satu majlis yang akan berlangsung di dalam khemah.

Pengantin baharu itu adalah sebahagian daripada penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan, yang dianggarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berjumlah 1.9 juta rakyat Palestin daripada jumlah penduduk di Gaza sebanyak 2.4 juta.

“Rumah di mana pengantin lelaki sepatutnya tinggal sudah musnah.

“Kami semua melalui tragedi yang sama. Bagaimanapun, kita mesti terus hidup, dan hidup harus diteruskan,” bapa saudara pengantin lelaki, Ayman Shamlakh.

Hidup mesti diteruskan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker