120 kaki judi ditahan, lebih RM90,000 di rampas



120 kaki judi ditahan, lebih RM90,000 di rampas

120 kaki judi ditahan, lebih RM90,000 di rampas
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 120 individu disyaki terbabit dengan aktiviti perjudian haram dengan nilai rampasan wang tunai RM92,481 dalam 20 serbuan Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata suspek termasuk 115 lelaki ditahan sejak minggu lalu.

“PDRM menerusi Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah menjalankan Op Limau selama 15 hari sempena Tahun Baharu Cina, bermula 15 Januari hingga 29 Januari ini.



“Fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka, yang tertakluk di dalam jadual pertama dan kedua di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkannya melalui Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

120 kaki judi ditahan, lebih RM90,000 di rampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker