Syafiq Kyle Selamat Merisik Mimi Lama

Majlis Berlangsung Di Taiping Berjalan Lancar

Syafiq Kyle Selamat Merisik Mimi Lama

Syafiq Kyle Selamat Merisik Mimi Lama 

Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat merisik, di dalam sebuah majlis ringkas yang dilangsungkan di Taiping, Perak, hari ini.

Perkara itu disahkan pengurus Mimi, Iman Tang dan majlis yang dihadiri kedua oleh belah keluarga itu di adakan secara secara tertutup.

β€œHari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” katanya.

Iman bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran lanjut susulan dia tidak dapat bersama di majlis berkenaan.

Terdahulu Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak menerusi Instagram berkongsi beberapa keping bersama kekasihnya itu dengan menulis kapsyen;

β€œCounting days (tunggu masa). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin).”

Malah, Mimi, 28 juga memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin.

β€œOne step closer (satu langkah ke hadapan), Insha-Allah. Alhamduillah,” tulisnya pula.

Foto yang dikongsi pantas menjadi sorotan peminat sekaligus memperlihatkan majlis berjalan lancar dan dipermudahkan.

MH sebelum ini melaporkan, Syafiq, 31, mendedahkan dia merancang menamatkan zaman bujang dalam tahun ini selain tidak menafikan sudah menghadiri kursus kahwin.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Syafiq Kyle Selamat Merisik Mimi Lama

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker