Israk Solutions sedia program ACE bantu guru, murid di Selangor

Israk Solutions sedia program ACE bantu guru, murid di Selangor

Israk Solutions sedia program ACE bantu guru, murid di Selangor
Sesi penerangan oleh kakitangan Israk Solutions kepada guru-guru tentang penggunaan ACE di bilik darjah

PETALING JAYA – Israk Solutions Sdn. Bhd. (Israk Solutions) bakal menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan sektor pendidikan di negeri ini.
ADVERTISEMENT

Melalui usaha sama tersebut, syarikat akan berperanan sebagai perunding pakar teknologi maklumat dan menyediakan program latihan yang dikenali sebagai Arvia Certified Educator (ACE).

Pengarah Urusan Israk Solutions, Ahmad Najib Habeb berkata, program berkala ini direka khusus untuk memberi peluang kepada guru dan pendidik untuk belajar, mengalami dan mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar terutamanya penggunaan papan pintar interaktif.

“Sehubungan itu, kami sangat berharap bahawa inisiatif ini akan dapat memperkukuh penggunaan teknologi dalam pendidikan dan memberikan manfaat yang besar kepada guru dan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Selayang yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini. -KOSMO!ONLINE

Israk Solutions sedia program ACE bantu guru, murid di Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker