Ajal rempuh tong RORO

Ajal rempuh tong RORO

Ajal rempuh tong RORO
Tong sampah RORO dirempuh penunggang motosikal di Jalan Kampung Kampung Datuk Harun, Kuala Selangor, semalam. – Foto tular

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tong sampah ‘RORO’ di Jalan Kampung Datuk Harun, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Suzuki 110 maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Rotan ke Assam Jawa.



“Setiba di lokasi, mangsa disyaki gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh sebuah tong sampah RORO yang berada di tepi laluan terbabit.

“Ekoran itu, mangsa parah di leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ambia berkata, laluan di tempat kejadian adalah jalan lurus satu lorong dan rata berturap dan ketika nahas, cuaca adalah baik.

“Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Stor feri Roro terbakar

Ajal rempuh tong RORO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker