Ibu maut, anak selamat motosikal bergesel lori

Ibu maut, anak selamat motosikal bergesel lori

Ibu maut, anak selamat motosikal bergesel lori
GAMBAR hiasan

BERA: Seorang wanita berusia 41 tahun maut digilis sebuah lori, manakala anaknya cedera selepas motosikal bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau, kira-kira jam 9 pagi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir, berkata kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Triang ke bandar Bera.

“Mangsa yang menunggang motosikal itu, Maryaton Othman, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan lengan, manakala anaknya berusia empat tahun yang membonceng motosikal mengalami kecederaan.



“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa bergesel dengan bahagian kiri lori itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis tayar lori berkenaan,” katanya, di sini, hari ini.

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ibu maut, anak selamat motosikal bergesel lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker