Bangsa Maori pertama jadi PM New Zealand?

Bangsa Maori pertama jadi PM New Zealand?

Bangsa Maori pertama jadi PM New Zealand?
KIRI ALLAN

WELLINGTON: Peletakan jawatan secara mengejut Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand mencetuskan desakan supaya bangsa Maori pertama dilantik menjadi perdana menteri negara itu.
Sebelum ini, sekumpulan kecil komuniti berkenaan hanya muncul untuk jawatan tertinggi dalam Kabinet.

Ahli Parlimen Buruh akan cuba memilih perdana menteri seterusnya pada Ahad ini dengan calon yang menang memerlukan majoriti dua pertiga undi.

Jika itu tidak berlaku, ia akan menjadi satu pertandingan berlarutan yang akan melibatkan ahli parti sayap kiri dan kesatuan-kesatuan sekerja.



Ahli Parlimen Parti Buruh, Chris Hipkins, 44, adalah calon awal yang dikhabarkan akan bertanding jawatan Perdana Menteri New Zealand selepas Timbalan Perdana Menteri, Grant Robertson awal-awal lagi menarik diri daripada menyertai pengundian itu.

Nama lain yang dicalonkan ialah Menteri Kehakiman yang juga seorang Ahli Parlimen Maori dari Parti Buruh, Kiri Allan, dan Menteri Imigresen, Michael Wood.

Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada ketiga-tiga mereka setakat ini mengesahkan mereka akan bertanding dalam pengundian sebagai Perdana Menteri New Zealand.

Hipkins setakat ini dilihat memiliki profil tinggi kerana pernah mengendalikan portfolio sukar sewaktu pandemik Covid-19, polis dan pendidikan serta dilihat berwibawa.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Penganalisis politik, Josie Pagani menyifatkan Hipkins sebagai berakal, disenangi, tegar dan berkebolehan.

Bekas peguam komersial, Allan pula menyertai Parlimen pada 2017 dan kini disebut-sebut sebagai pemimpin masa depan dan mungkin menjadi perdana menteri Maori pertama negara itu.

Namun, dia terpaksa mengambil cuti dari Parlimen pada April 2021 selepas disahkan menghidap kanser serviks tahap tiga, tetapi kembali bekerja tiga bulan kemudian.

Kelmarin, Ardern membuat kejutan dengan mengumumkan untuk meletakkan jawatan, kurang daripada tiga tahun berkhidmat selepas dua penggal menang besar dalam pilihan raya.

Wanita berusia 42 tahun itu yang menerajui negara melalui bencana alam, wabak Covid, dan serangan pengganas yang paling teruk menyifatkan dirinya tidak lagi mempunyai kemampuan.

Ardern meletak jawatan tanpa pengganti yang jelas dan Parti Buruh yang memerintah kini berebut-rebut untuk mencari pengganti.

Kira-kira 17 peratus daripada lima juta penduduk New Zealand dikenal pasti sebagai kaum Maori dalam banci terbaru negara itu.

Seramai 15 ahli dalam Parti Buruh dijangka mempunyai suara yang signifikan dalam memilih pemimpin seterusnya. –AFP

PM New Zealand, Jacinda Ardern letak jawatan bulan depan

Bangsa Maori pertama jadi PM New Zealand?

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker