Ibu bapa didakwa abai, bunuh anak kurang upaya

Ibu bapa didakwa abai, bunuh anak kurang upaya

Ibu bapa didakwa abai, bunuh anak kurang upaya
KAYLEA Titford dibaikan ibu bapanya dan dibiarkan mati dalam keadaan menyedihkan.-AGENSI

LONDON: Ibu bapa kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menjadi penyebab anak mereka yang kurang upaya meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan berat badan obes dan dipenuhi ulat.

Lapor Mail Online, pelajar sekolah, Kaylea Titford, 16, didakwa diabaikan oleh ibu bapanya dan tinggal berseorangan di dalam bilik yang sangat kotor sehingga ke akhir hayatnya.

Pegawai Paramedik, Gareth Wyn Evans memberitahu mahkamah, dia tiba di rumah keluarga itu selepas diberitahu Kaylea yang menghidap spina bifida didapati tidak bernafas, namun, terkejut melihat keadaan mangsa dengan bau busuk serta kakinya yang sudah mengalami gangrene.

Mahkamah diberitahu, Kaylea mempunyai berat badan lebih 145 kilogram dan kukunya tidak dipotong selama lebih enam bulan dan puluhan ulat ditemui melata di sekeliling punggung dan kakinya yang dipercayai sudah ada ketika mangsa masih hidup.

Bapanya, Alun Titford, 45, dituduh melakukan pembunuhan bukan atas sebab kecuaian dan menyebabkan atau membenarkan kematian seorang kanak-kanak selepas Kaylea ditemui sudah meninggal dunia di atas katilnya oleh Evans pada Oktober tahun 2020.

Ibu Kaylea, Sarah Lloyd-Jones, 39, bagaimanapun mengaku bersalah atas tuduhan yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Bilik Kaylea bersepah kotor dan tidak kemas dengan pakaian berlonggok di atas kerusi roda dan pinggan mangkuk kotor di sekeliling bilik itu.

“Ibu bapanya membiarkan sahaja berat badannya meningkat sebegitu dengan kesihatan yang merosot dan paling menyedihkan, dia ditinggalkan bersendirian di dalam bilik dan mereka gagal menjaga kebersihan dirinya,” kata Evans memberitahu Mahkamah Mold Crown.

Evans yang kecewa melihat keadaan mayat Kaylea membuat laporan kepada perkhidmatan sosial dan kes itu masih dibicarakan di mahkamah selepas Alun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Ibu bapa didakwa abai, bunuh anak kurang upaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker