Kereta jatuh gaung, anggota polis maut kemalangan

Kereta jatuh gaung, anggota polis maut kemalangan

Kereta jatuh gaung, anggota polis maut kemalangan
Anggota polis, Yahaya Ahmad meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Kampung Sungai Senam. – Foto PDRM

SIK: Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di bahu kanan jalan di Kampung Sungai Senam, di sini semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku dalam kawasan Ops Selamat 19/23.

Mangsa, Yahaya Ahmad, 40, daripada Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi membabitkan kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa.

Beliau berkata, anggota pejabat pertanyaan trafik menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada jam 11 pagi.

“Mangsa dipercayai dari arah rumahnya di Pokok Sena menghala ke tempat kerja di IPD Sik.

“Berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di bahu kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini hari ini.

Abdull Razak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3 tercampak keluar, seorang Ibu maut dalam kemalangan

Kereta jatuh gaung, anggota polis maut kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker