Memasukkan Pulau Pinang Ke Dalam Kedah Akan Di Jadikan Manifesto PRN Kedah

Memasukkan Pulau Pinang Ke Dalam Kedah Akan Di Jadikan Manifesto PRN Kedah

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mendakwa, Pulau Pinang adalah sebuah negeri di bawah pentadbiran Kedah.

Alasan yang beliau berikan sangat mudah, beliau mendakwa tiada sempadan negeri antara Pulau Pinang dan Kedah.

Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah sepenuhnya.

Penulis tidak pasti sama ada Sanusi ada membaca Perlembagaan Persekutuan atau beliau bernostalgia dengan sejarah silam semasa membuat kenyataan tersebut.

Dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut:

Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara1-Ma.Html

Ini bermakna, secara jelas Perlembagaan Persekutuan memisahkan pentadbiran antara negeri Pulau Pinang dan Kedah.

Ia juga membawa maksud kewujudan dan kedaulatan negeri Pulau Pinang diiktiraf oleh Perlembagaan Malaysia.

Memasukkan Pulau Pinang Ke Dalam Kedah Akan Di Jadikan Manifesto PRN Kedah

Sanusi juga berkata beliau sedang menunggu maklum balas dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengenai isu tersebut.

Untuk makluman Sanusi, JUPEM tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sempadan mana-mana negeri yang diiktiraf di dalam perlembagaan.

Ia hanya boleh diubah dengan persetujuan 2/3 ahli parlimen dan MESTI mendapat persetujuan dari kerajaan negeri tersebut.

Paling utama, ianya mesti mendapat perkenan dari Majlis Raja Raja Melayu, walau pun parlimen dan kerajaan negeri sudah bersetuju.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara2-Ma.Html

Mungkin tujuan Sanusi membangkitkan isu ini hanya sekadar untuk mendapatkan populariti politik saat PRN Kedah sudah semakin menghampiri.

Bagaimana kalau penulis cadangkan supaya Sanusi memasukkannya ke dalam manifesto pilihanraya negeri Kedah nanti…😜😜😜

 

Memasukkan Pulau Pinang Ke Dalam Kedah Akan Di Jadikan Manifesto PRN Kedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker