Aaron-Wooi Yik ke final Terbuka India

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang meraih gelaran pertama musim 2023 apabila menempah tiket ke final pada Terbuka India.

Aaron-Wooi Yik membuktikan mereka bukanlah ‘biasa-biasa’ selepas berjaya menumpaskan pilihan kedua kejohanan dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 11-21,21-15,21-16.

Walaupun pasangan negara yang juga juara dunia 2022 tewas pada set pertama namun mereka mengubah strategi permainan pada pertarungan kedua untuk memastikan kemenangan menerui 21-15.



Pada set penentuan pula, Aaron-Wooi Yik terus mengekalkan rentak cemerlang dengan mengurangkan kesilapan mudah sebelum mengesahkan tempat ke final menerusi kemenangan 21-16.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-14,21-16.

Pearly-Thinaah terpaksa akur kehebatan pasangan Jepun yang berada di ranking kedua dunia itu sekali gus memadam hasrat mereka untuk melangkah ke peringkat akhir.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button