Ajal menjelang Tahun Baharu Cina

Miri: Lelaki maut sebelum sempat menyambut Tahun Baru Cina selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Jee Foh Utama, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa

Lim Tze Kiat, 37, maut di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima maklum kejadian pada 11.58 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Miri Sentral di lokasi kejadian.



“Seorang lagi mangsa yang memandu kereta Honda Accord cedera dan sudah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa dari kereta dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker