Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand

Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand

Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand
CHRIS Hipkins beredar selepas membuat sidang media di luar Parlimen, Wellington kelmarin.-AFP

AUCKLAND: Chris Hipkins yang berperanan penting dalam mendepani pandemik Covid-19 dalam negara bersedia untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas muncul sebagai calon tunggal untuk mengetuai Parti Buruh yang memerintah.

Menurut laporan Channel News Asia, Hipkins, 44, dijangka disahkan sebagai perdana menteri pada mesyuarat 64 Ahli Palimen Buruh hari ini.

Beliau berkata, pasukan yang dimilikinya adalah sangat kuat dan mereka melalui proses ini dengan perpaduan.

“Saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan kumpulan orang yang luar biasa yang mempunyai komitmen sebenar kepada perkhidmatan rakyat New Zealand,” kata Hipkins dalam sidang akhbar selepas parti itu mengumumkan beliau sebagai calon tunggal.

Hipkins dikatakan tidak akan membuat perancangan dan dasar-dasar baharu.

Malah, rombakan Kabinet yang dicadangkan oleh Ardern tetap akan diteruskan tetapi Menteri Kewangan, Grant Robertson mungkin akan dikekalkan.

Hipkins berkata, beliau sudah bercakap dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menerusi ciapan Twitter dan kedua-duanya mempunyai perbincangan hangat.

Terdahulu, peletakan jawatan secara mengejut Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand Khamis lalu mencetuskan desakan supaya bangsa Maori pertama dilantik menjadi perdana menteri negara itu.

Sebelum ini, sekumpulan kecil komuniti berkenaan hanya muncul untuk jawatan tertinggi dalam Kabinet.

Selain Hipkins, dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri New Zealand ialah Menteri Kehakiman yang juga seorang Ahli Parlimen Maori dari Parti Buruh, Kiri Allan, dan Menteri Imigresen, Michael Wood.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker