Mesin Basuh Hybrid Dilengkapi dengan Teknologi Pintar

Bila dah jadi ibu bapa ni memang tak berhenti buat kerja. Bekerja di pejabat, lepas tu balik rumah pula perlu pastikan segala tugasan diselesaikan dahulu sebelum waktu tidur.

Bila dah jadi ibu bapa ni memang tak berhenti buat kerja. Bekerja di pejabat, lepas tu balik rumah pula perlu pastikan segala tugasan diselesaikan dahulu sebelum waktu tidur.

Sejak wujudnya teknologi peralatan rumah pintar yang berteknologi tinggi, ia membantu ibu bapa untuk menyelesaikan tugasan di rumah tanpa memerlukan tenaga yang banyak.

Haa.. kini Panasonic bukan bawa satu, tapi dua peralatan rumah pintar berteknologi tinggi yang anda boleh mengawal daripada telefon pintar sahaja tau!

Menarik kan? Misi Panasonic untuk menggabungkan teknologi dengan pelbagai peralatan rumah bagi memudahkan serta meningkatkan ciri kualiti hidup (QoL) anda!

Haa.. anda bukan sahaja boleh membersihkan pakaian anda tapi anda mampu mengeringkan pakaian juga. Panasonic CARE+ Edition Washer Dryer merupakan hybrid mesin basuh dan pengering yang dilengkapi dengan ciri ‘Hybrid Dry’ bagi memastikan pencucian dan pengeringan yang optimum!

‘Hybrid Dry’ mempunyai 3 ciri tambahan bagi menyesuaikan situasi anda:

  • Gentle Dry
  • Speed Dry
  • Time Dry

Haa.. anda tahu tak ‘Gentle Dry’ merupakan kaedah pengeringan revolusioner kerana ia memastikan suhu untuk mengeringkan pakaian anda berada pada 65ºC dengan menggunakan lubang masuk udara mesin basuh bagi memastikan udara di dalam dram rendah semasa mengeringkan pakaian.

Ini akan melindungi pakaian fabrik halus dan menghalang pengecutan pakaian anda. Suhu ini juga sesuai untuk memastikan pakaian anda hangat dan kering tanpa merosakkan serta mengecutkannya.

Manakala, anda boleh menggunakan ‘Speed Dry’ jika anda dalam kesuntukan masa untuk mengeringkan pakaian anak-anak anda terutamanya waktu musim raya nanti yang tinggal beberapa bulan saja lagi.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan masa pengeringan secara manual dengan menggunakan ‘Time Dry’. Bukan itu sahaja, selain daripada ciri pengeringan, CARE+ Edition Washer Dryer juga dilengkapi dengan Penjagaan Tab Auto yang menghalang dari pembiakan bakteria dan sisa detergen dalam tab menggunakan air panas untuk mengelakkan bau busuk ketika mencuci pakaian anda.

Kedua-dua ciri membasuh dan mengeringkan Hybrid Washer Dryer akan menghapuskan sehingga 99.99% bakteria dengan teknologi Blue Ag+ dan mod pencucian sejuk, diperakui oleh Institut Bioteknologi

Selain itu, ciri ‘Dry Assist’ dapat membantu anda untuk mengeringkan pakaian anda dalam pelbagai situasi lagi-lagi waktu air tumpah di baju raya yang baru sahaja anda beli!

CARE+ Edition Washing Machine menggunakan Teknologi Penjagaan Kebersihan Menyeluruh dari Panasonic untuk menghapuskan bakteria berbahaya yang kita sering tidak nampak pada fabrik melalui ciri Blue Ag+ yang berkesan untuk menghapuskan bakteria serta memberikan kesan anti-bakteria yang kuat dengan menggunakan ‘UV Light’ dan ‘Ag Silver Ions’ ketika anda mencuci pakaian.

Kini, Panasonic menggunakan teknologi Ai yang dikenali sebagai ‘Ai Smart Wash’ untuk mengesan saiz serta berat beban pakaian anda secara automatik untuk memilih mod basuhan yang bersesuaian. Selain itu, ia juga akan menyesuaikan prestasi pencucian dengan jumlah air dan tempoh yang optimum untuk menyediakan pakaian bersih dan menjimatkan tenaga!

Anda tahu tak dengan memuat turun aplikasi Panasonic, terdapat banyak ciri yang menarik yang anda boleh akses setelah menyambungkan ke mesin basuh anda. Antaranya ialah:

  • Anda boleh set dan sesuaikan mod cucian pakaian untuk pelbagai jenis pakaian
  • Kendalikan Washer Dryer atau mesin basuh melalui telefon pintar
  • Menerima notifikasi apabila pakaian anda selesai dibasuh ke telefon pintar
  • Anda juga boleh menerima notifikasi jika menghadapi sebarang masalah dan menerima solusinya

 

siraplimau

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker