Nak selamatkan Kancil, nyawa melayang kena hempap kontena

Nak selamatkan Kancil, nyawa melayang kena hempap kontena

Nak selamatkan Kancil, nyawa melayang kena hempap kontena
Anggota bomba mengeluarkan lelaki yang maut dihempap kontena di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa, Klang. – Foto tular.

KLANG: Seorang lelaki maut dihempap kontena di Jalan Dato Yusof Shahbudin 29A, Taman Sri Sentosa, dekat sini.

Kejadian membabitkan mangsa berusia lingkungan 40-an dipercayai ketika dia cuba mengalih kereta Perodua Kancil yang diletak bersebelahan kontena berkenaan yang didapati sedikit condong, dipercayai akibat tanah mendap, kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kontena sepanjang 40 kaki tanpa kepala lori itu diletakkan di hadapan kedai bagi kerja pemunggahan barang.

“Difahamkan mangsa meletak kenderaannya di sebelah kontena itu untuk membeli makanan di kedai berdekatan. Selang beberapa minit, mangsa mendapati kontena itu sedikit condong dipercayai akibat tanah mendap serta jerlus.

“Dia kemudian terus ke kereta untuk mengalih kenderaan, tetapi kontena berkenaan terbalik dan menghempap mangsa bersama keretanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Kes disiasat sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

Nak selamatkan Kancil, nyawa melayang kena hempap kontena


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker